Saturday 19 May 2012

Kenali Pantai Bagan Lalang,Sepang, Selangor

 
Bagan Lalang ialah destinasi pantai berhampiran pekan Sungai Pelek di daerah Sepang, kira-kira 60km dari Kuala Lumpur. Ianya merupakan sebuah perkampungan nelayan yang menyeronokkan dan menarik sesuai untuk destinasi percutian anda.Ditambah pula dengan  pembangunan pusat peranginan bersepadu iaitu Sepang Gold Coast  telah mengubah kawasan tersebut menjadi tempat percutian yang berkembang pesat. Cuaca cerah, laut tenang, pemandangan yang indah  menambahkan lagi keseronokkan perjalanan percutian tropika ini.


Welcome to Sepang Gold Coast!


Pemandangan sepanjang pantai peranginan Bagan Lalang

Indah dan nyaman bukan?

Bermacam aktiviti yang dapat dijalankan.

Pusat penjaja Bagan Lalang.


No comments:

Post a Comment